Followers

Folio #Repost

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama weh aku tak update blog. Huaa sedih sebab blog dipinggirkan kan. Yelaaa aku bukan rajin menulis. Karangan pun cukup- cukup makan je kot. Herrr tensi tau tak tensi. 

Haaaahhh berbalik pada niat sebenar aku post entry ni sebenarnye lah kan, aku senanye nak letak balik gambar masa zaman kegemilangan aku dulu. Hamboih kemain kauu. Gemilang tak gemilang sangat lah khenn. Aku takut kalau tetibe hilang lak gambar-gambar yang ada, udoh takde bukti kenangan. Lupa camtu aje kan. 

Dulu gambar dengan kawan masa f3 dulu (Syerry, Wanie, Ecah, Jaa, Ejan, Teah, Naeem) hilang kot. Masa tu pakai pc. Manada laptop lagi. Pc tu dah la problemo memanjang. Haih Ayah aku format pulak. Memang lah habis la semua folder dlm tu kan. Tapi taktau la pulak ayah ada backup ke tak. Selalu org backup kan. Tapi malas lah aku nak tanya. Segan. Hhahahaa tahpape je aku ni. Puihh

Sebelum ni aku ada post entry pasal gambar-gambar ni. Tapi aku buang post lama-lama sebab malu aku nak simpan. Eiii ngek tul la aku masatu. Apa yang aku fikir time tu. Dah sekarang menyesal tak guna. Hoih takpela nasib bahek lah dah ada save dlm blogger ni kan. Jadinya, boleh lah "me-repost" entry niKalau tak, sedih taktau camna nak habaq.

Gambar ni time kitorang nak gi buat folio f3. Sejarah ke Geografi ntah. Aku rasa sejarah. Time ni aku datang awal sebab sekali harung ngan mak nak gi sekolah dia. Jadinya stay kat rumah Syerry dulu. Jadi cam budak-budak la kitorang main kat playground kan. Hahaha tengok la muka tak matang aku tu. Dasarr.

Pastu, nak gi library mak Ezzani datang ambik hantar kitorg kat sana. Konon buat keje la. Tapi hampeh je. Internet takde cane nak buat kerja adik-adik. Kitorang pun apa lagi, sembang kejap pastu buat buat cam ada keje, jalan-jalan jap. 

Time jalan-jalan tu yang terkejut tu. Tetiba nampak budak lelaki kelas kitorang. Mau tak terkejut time tu. Aku terpaku kejap depan lif nampak Wazir dalam lif masa tu. Aku ngan Syairah nak masuk, dia nak keluar. Fuh terkojut den. Pastu ktorg nak keluar la konon taknak terserempak ngan depe dah. Tetibe, (eh bukan tetibe pun) ntah camna budak lelaki tu pun ada kat tangga tempat kitorang turun. Aku tak ingat la camna proses terserempak tu kan. 

Tapi yang lagi memalukan, depe kejar kitorang tetibe sergah, Terperanjat kitorang TERmenjerit. Ter yaaaa! Ya Allah kuat gilaaaa. Malu time tu. Keluar pintu kat tangga semua pandang weh. Terus ambik beg blah call tunggu teksi datang gi library lain. Hergh Aku taktau sekarang ni bila ingat balik ni sweet memory ke apa. Malu ada. Nak tergelak ada. Haih macam-macam. 

Time ni yang ada, Aku, Syairah, Naeem, Ezzani ngan Jaajoo. Aku ingat nak pendek je entry ni. Tapi dah panjang lak. Malas ah padam. Selamat pagi/siang/petang/malam. Bye Assalamualaikum


 


 








No comments :

Post a Comment